Sep 27, 2017

Bali Itinerary 5 hari 4 malam

Assalamualaikum, semua. 

Baru-baru ni Cyda ada pergi ke Bali dengan hubby sempena first anniversary. Hehee

Disebabkan ada rakan2 yang bertanya tak kira lah di Facebook, Instagram, dan di lain-lain laman sosial, nah disini Cyda share sikit travelogue Bali (5hari 4malam) pada 15/09/2017 - 19/09/2017. 

Pada sesiapa yang nak pergi Bali boleh lah check this out ✌️Travelogue dan Itinerary ini untuk 2 orang ye serta tak termasuk shopping sebab shopping ikut pilihan masing2. 

Rate: IDR 1,000,000 = RM322


Tiket flight kami beli 2bulan awal. Masa ni tiada promo, bagi sesiapa nak lebih murah rajin2 check dekat web Air Asia ye. Hotel pula kami book di website FaveHotel awal sebulan. Kalau nak murah boleh check hotel di Agoda ataupun trivago (buat pilihan bijak). 

Trivago: TRIVAGO   <-------- click sini
Agoda: AGODA   <-------- Click sini


Flight return: RM796.84
Luggage: RM134
Insurance (Chubb): RM62.50
Hotel include breakfast: RM557 (5hari 4malam)

Total: RM 1550.34


Dekat sana kami juga menggunakan perkhidmatan Supir sepenuhnya. Bermula dari airport transfer hari pertama sampai lah hari terakhir. Kami memilih perkhidmatan Pak Yanto (mmg terkenal dalam kalangan warga Malaysia yg pergi ke sana). Pak Yanto mempunya 23 drivers yang terdiri daripada kalangan keluarga. Sangat murah dan yang pastinya orang Islam. Mereka akan bawa pergi ke tempat2 makanan yang halal jadi tak perlu risau. Macam kami dapat driver nama Bang Edi. 

Ini harganya 👇
Airport transfer: IDR 80,000
Full day tour (12jam):  IDR 350,000
Sudah termasuk parking, toll, minyak dan upah supir. 

Total belanja untuk 2x airport transfer + 3x full day tour lebih kurang IDR 1,210,000 = RM390


Jika pergi ramai jadi lebih murah sebab dikira ikut kereta. Kereta yang digunakan semua jenis mpv muat 6 orang. Yang bestnya supir2 ni akan tolong tangkapkan gambar, kira macam photographer tak rasmi di sana nanti. Best kan. 

Katanya dah memang policy mereka begitu. Jadi macam kami yg pergi berdua, ada la orang yang boleh tolong tangkapkan gambar 👍


Hari Pertama (travel day)

▪️Tiba di Ngurah Rai Aiport pada jam 2:00ptg.
▪️Lunch di Ayam Tulang Lunak Malioboro.
▪️Check in Hotel. Kami stay di Favehotel Kuta Square, walking distance ke pantai dan juga Kuta night market. 
▪️Berehat. Petang kami berjalan2 di sekitar pantai Kuta dan Night market. 
▪️Dinner.

Kami beli simcard internet simPati 10gb dgn harga IDR 350,000 di Airport which is MAHAL. Jangan beli di airport, di kedai biasa boleh dapat dengan harga IDR 75,000 untuk 10gb. 

Simcard: IDR 350,000
Lunch: IDR 210,00 
Dinner: IDR 120,000

Total: RM 219


Hari kedua (Ubud Tour) 

▪️Bertolak seawal 8:30 pagi dan berhenti melihat persembahan Sahadewa Barong Dance. 
▪️Pergi ke Tegalang Rice Terrace Ubud (2jam dari Kuta).
▪️Melawat kebun kopi di Manik Abian Agriculture. Di sini ada jual bermacam jenis kopi. Mcm kami peminat kopi memang tak lepas peluang untuk beli kopi. 
▪️Lunch di Kintamani Gunung Batur (di sini boleh ambil gambar kenangan berlatar belakangkan Gunung Batur).
▪️pergi ke Tirta Empul Temple di Tampak Siring Village.
▪️Pulang ke Hotel, dinner di Kuta Nasi Pedas dan Roti canai. 

Entrance Fee for two (2) : 
Barong Dance: IDR 200,000
Tegalalang Padi : IDR 30,000
Manik Abian Agriculture : No fee
Lunch: IDR 240,000 (buffet)
Tirta Empul Temple: IDR 60,000 
Dinner: IDR28,000

TotalRM 179.70


Hari Ketiga (Nusa Dua Tour)
▪️Bertolak dari Hotel jam 9pagi pergi ke Nusa Dua Beach. Di sini banyak water sport tapi kami tak main water sport dan tak mandi pun.
▪️Pergi ke Water Blow di Nusa Dua. Di sini boleh lihat ombak besar. 
▪️Pergi ke Pantai Pandawa dan ambil gambar kenangan.
▪️Lunch di Restoren Kampung Pedas. 
▪️Pergi ke Mall Bali Galeria (shopping sementara nak habiskan waktu).
▪️Pergi Jimbaran perkampungan Islam, rumah supir kami. Yang nie pon berehat sementara nak habiskan waktu sebelum ke uluwatu. 
▪️Pergi Ke Uluwatu, tengok Pura Luhur Temple dan menonton Kecak Dance. Kecak Dance start pukul 6ptg hingga 7mlm tetapi tiket dijual pada pukul 4:30ptg dan cepat habis. 
▪️Dinner di Kuta 

Entrance Fee for two (2) :
Nusa Dua: IDR 4,000
Water Blow: No Fee 
Pantai Pandawa: IDR 30,000
Lunch: IDR 230,000
Uluwatu: IDR 60,000
Kecak Dance: IDR 200,000
Dinner: IDR 20,000

Total: RM 175.20


Hari Keempat (Bedugul Tour)
▪️Bertolak dari hotel pukul 9pagi ke Wanagiri Hidden Hill. Perjalanan dari Kuta ke sini ambil masa 2jam 30min. Wanagiri wajib pergi boleh tengok view cantik!
▪️Pergi ke Bedugul tengok Tasik Bratan dan Ulun Danu Temple
▪️Lunch di Warung Masakan Jawa 
▪️Pergi ke Tanah Lot Temple. Lihat pantai dan batu-batuan. 
▪️Beli kerepek dan strawberry di sepanjang jalan lereng bukit.
▪️Singgah di Agung Bali untuk beli Oleh-Oleh (shopping). Agung Bali ni konsep sama macam Hj. Ismail Group di Langkawi, sangat murah dan berbaloi2 harganya. 

Entrance Fee for two (2) :
Wanagiri: IDR 20,000
Bedugul Tasik Bratan: IDR 100,000
Lunch: IDR 99,000 (3 orang termasuk supir)
Tanah Lot: IDR 120,000
Agung Bali Oleh2 : (ikut individu nak shopping banyak mana) 

Total: RM110


Hari Kelima (Return to KL)

▪️Check Out Hotel jam 12
▪️Pergi ke Hutan Mangrove Bali 
▪️Lunch Ayam Tulang Lunak
▪️Pergi ke Airport Ngurah Rai 

Entrance Fee for two (2) :
Hutan Mangrove: IDR 20,000
Lunch: IDR 250,000

Total: RM86.95


Okay, total keseluruhan kurang daripada RM3000. Itupun sebab kami semuanya last minute dan pergi berdua je. Kalau rancang lagi awal dan ramai rasanya boleh dapat lagi murah. 

Tips: kalau baik dengan supir kadang2 dia tolong dapatkan harga local. Jauh beza ye harga fee local dgn foreigner. Selain daripada tempat2 yang kami pergi banyak lagi tempat menarik contohnya mcm Lovina Dolphine, Ubud Monkey Forest, Dreamland Beach. Yang suka makan seafood juga boleh makan di Jimbaran menghadap sunset. 

Okay itu sahaja. Harap apa yang Cyda kongsikan dapat membantu. Selamat bercuti!